Cheras, Kawasan Terbaru Di KL Diisytihar Zon Merah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pertambahan melebihi 41 jumlah kes positif di Cheras telah menjadikannya sebagai salah satu zon merah bagi wabak virus korona baharu (COVID-19) di Malaysia.
Perkara ini telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia sudah melebihi angka 1 juta.
Ini merupakan satu perkembangan yang serius memandangkan wabak tersebut bukan sahaja mempengaruhi tahap kesihatan dunia malah keutuhan ekonomi negara.
Di Malaysia, statistik kes positif adalah seperti berikut:
[covid_19]
Pada 4 April, Cheras telah disenaraikan sebagai kawasan zon oren, iaitu kawasan yang mempunyai jumlah kes positif di bawah angka 40.
Namun, rekod terbaru menunjukkan angka tersebut meningkat sehingga ia mengubah status Cheras kepada zon merah.
Kini, Cheras merupakan salah satu daripada 4 daerah di Kuala Lumpur dan 18 kawasan di seluruh Malaysia yang telah diisytiharkan sebagai kawasan zon merah.
Penting ke untuk kita tahu berkenaan dengan kawasan zon merah atau oren?

Apabila bercakap mengenai usaha untuk membendung kemaraan wabak virus korona baharu, kita tidak boleh menggunakan langkah yang umum untuk setiap kawasan.
Jumlah kes merupakan salah satu kriteria yang boleh dijadikan panduan oleh KKM bagi menentukan kawasan yang memerlukan kawalan pergerakan yang lebih ketat.
Secara umumnya, setiap kawasan di Malaysia mempunyai status jangkitan wabak COVID-19 yang tersendiri:
- Zon hijau – Tiada satu pun kes positif.
- Zon kuning – Mempunyai jumlah kes positif di antara 1 hingga 20 kes.
- Zon oren – Mempunyai jumlah kes positif di antara 21 hingga 40 kes.
- Zon merah – Mempunyai jumlah kes positif melebihi angka 40.
Berdasarkan daripada maklumat jumlah kes tersebut, tindakan untuk memperketatkan perintah kawalan pergerakan boleh dilakukan terhadap kawasan zon merah tertentu.
Artikel berkaitan:
Ya, bukan semua kawasan zon merah akan melalui perintah kawalan diperketatkan (PKPD). Setakat ini (6 April 2020), hanya tiga perintah PKPD yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Ia melibatkan:
- 2 perkampungan yang terletak di Simpang Renggam, Kluang, Johor.
- 7 perkampungan Sungai Lui yang terletak di daerah Hulu Langat.
- Sebuah kondominium (Menara City One) yang terletak di Kuala Lumpur.
Bagi kawasan yang tersenarai, pergerakan luar rumah tidak dibenarkan dan majoriti premis perniagaan telah ditutup.
Aktiviti pengesanan COVID-19 akan lebih giat dijalankan dari rumah ke rumah.
Fokus utama adalah untuk memastikan tahap kesihatan masyarakat terjaga di samping memutuskan rantaian jangkitan yang semakin parah di kawasan tersebut.
Baki kawasan zon hijau di Malaysia
Tidak banyak yang tinggal. Malaysia hanya mempunyai 30 kawasan zon hijau yang tidak mempunyai sebarang rekod kes positif COVID-19.
Oleh sebab virus korona baharu mempunyai tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari, jika terdapat kes positif tanpa simptom, kita bakal menyaksikan jumlah kawasan zon hijau menurun dalam masa terdekat.
Baca juga:
- Usia Muda BUKAN Jaminan Terlepas Dari COVID-19, Bahkan Boleh Dapat Simptom Lagi Teruk!
- Tiada Simptom Tak Bermakna Anda Bebas Covid-19, Hati-hati Dengan Penyebar Virus Dalam Diam!
Dalam tempoh perlaksanaan perintah kawalan pergerakan, amat penting buat kita semua untuk memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan bagi membendung wabak COVID-19.
Jumlah kes yang didagnosis setiap hari masih lagi tidak reda. Oleh itu pastikan anda mengambil serius akan langkah pencegahan yang perlu anda lakukan untuk elak penularan wabak.
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
- Positif COVID-19, Apa Jadi Bila Virus Masuk Dalam Badan?
- Usah Pentingkan Diri! Ini Sebabnya JANGAN Beli Barang Yang Tak Perlu Semasa COVID-19 Melanda
- Kes COVID-19 Di Malaysia Bakal Memuncak Pada Pertengahan April 2020 -WHO
- Ibu Hamil Positif COVID-19 Berdepan RISIKO Besar? Jaga Diri, Mama!
- COVID-19 Mimpi Ngeri Untuk Penghidap OCD/ Gangguan Kebimbangan? Ada 5 Cara Atasinya!

