Roseola (roseola infantum) adalah penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia biasanya tidak berbahaya dan hilang dengan rehat yang cukup dan ubat-ubatan. Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, ia boleh mengakibatkan demam panas, yang membawa kepada komplikasi.
Roseola adalah sangat biasa berlaku. Ia biasanya menjejaskan kanak-kanak dari umur enam bulan hingga dua tahun. Ia jarang berlaku selepas berumur empat tahun. Kebanyakan kanak-kanak dijangkiti roseola pada usia memasuki tadika. Kadang-kadang, ia juga boleh menjejaskan orang dewasa. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom roseola muncul selepas seminggu atau dua selepas dijangkiti. Kadang-kadang mungkin tiada simptom atau mempunyai simptom yang sangat ringan. Simptom Roseola termasuklah:
Tanda-tanda dan simptom-simptom roseola lain termasuklah:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda perlu menghubungi doktor anda jika anak atau anda mempunyai mana-mana yang berikut:
Yang terbaik ialah berbincang dengan doktor apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Roseola adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh human herpes virus 6, atau dalam sesetengah kes, oleh human herpes virus 7. Virus itu tersebar dari individu ke individu melalui hubungan fizikal dengan individu yang sakit atau barang peribadi mereka yang dijangkiti virus. Sebagai contoh, seorang anak yang sihat yang berkongsi cawan dengan seorang kanak-kanak yang mempunyai roseola boleh berpindah virus itu. Biasanya ia tidak tersebar luas kepada masyarakat.
Orang dewasa yang tidak pernah mengidap roseola ketika kanak-kanak boleh dijangkiti di kemudian hari, walaupun penyakit ini cenderung menjadi ringan pada orang dewasa yang sihat. Walaupun anda tidak mengalami sebarang ruam atau demam ringan, masih terdapat risiko virus tersebar kepada anak dan ahli keluarga lain dari pernafasan atau air liur.
Kanak-kanak di zaman tadika paling terdedah kepada roseola kerana sistem imun mereka belum kuat sepenuhnya. Selain itu, berada di dalam persekitaran bilik darjah dapat meningkatkan risiko menyebarkan virus dari individu ke individu yang lain. Umur yang paling biasa untuk kanak-kanak untuk dijangkiti roseola adalah antara enam dan 15 bulan.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Roseola didiagnosis melalui sejarah perubatan dan peperiksaan fizikal. Doktor kenalpasti ia roseola jika anak anda mengalami demam dan ruam yang jelas atau, dalam beberapa kes, dengan ujian darah untuk memeriksa antibodi roseola.
Ubat digunakan untuk mengawal demam tinggi. Beberapa ubat-ubatan biasa adalah acetaminophen (seperti Tylenol) dan ibuprofen (seperti Advil atau Motrin). Anda juga perlu memberi anak mandi mandi span untuk mengurangkan suhu. Jika anda memberi ubat kepada bayi anda, ikut nasihat doktor anda tentang jumlah yang diberikan. Jangan memberi aspirin kepada sesiapa yang berusia lebih muda dari 20 tahun kerana risiko sindrom Reye.
Sekiranya simptom ringan, ruam roseola akan hilang tanpa rawatan perubatan.
Sekiranya anak anda mempunyai roseola, perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah memberi mereka rehat di rumah. Ini juga akan mengelakkan peluang menyebarkan virus kepada anak-anak lain.
Sekiranya anda menghidapi virus atau menjaga anak anda yang sakit, ingatlah untuk mencuci tangan anda dengan kerap untuk mencegah penyebaran virus itu kepada individu lain.
Galakkan anak anda meminum cecair, seperti air, soda lemon-limau, sup, atau larutan rehidrasi elektrolit atau minuman sukan untuk mengelakkan dehidrasi.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Roseola.
http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/roseola/basics/definition/con-20023511. Accessed August 12, 2016.
Roseola – topic overview.
http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/tc/roseola-topic-overview#1. Accessed August 12, 2016.
Versi Terbaru
13/09/2019
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel