Hamil ketika suntikan depo
Hai Doktor, saya telah bersalinkan anak sulung saya melalui kaedah emergency czer dan sekarang anak saya berusia setahun. Selepas 3 bulan kelahiran anak sulung saya, saya ada ambik suntikan perancang depo. Selalunya setiap bulan saya akan datang haid macam biasa dan dalam kuantiti yang banyak. Namun sekarang saya sudah lewat datang haid, kerap rasa loya, kerap muntah, pening kepala, rasa sakit dibahagian payudara, dan rasa tidak selesa dibahagian perut. Adalah ini simptom suntikan depo atau saya perlu buat ujian test kehamilan?



















