Mieloma berbilang adalah salah satu jenis kanser yang dibentuk oleh sel plasma barah. Sel plasma membentuk antibodi (juga digelar immunoglobulins) yang membantu badan menyerang dan membunuh kuman. Sel plasma yang normal dijumpai dalam sumsum tulang dan antara bahagian penting dari sistem imun. Sumsum tulang adalah tisu lembut di dalam sesetengah rongga tulang. Selain dari sel plasma, sumsum tulang turut mempunyai sel yang membentuk sel-sel darah jenis lain.
Kanser bermula apabila sel di dalam badan mula membesar di luar kawalan. Sel di dalam hampir seluruh bahagian badan boleh menjadi kanser, dan merebak juga pada bahagian badan yang lain.
Mieloma berbilang adalah kanser darah yang kedua paling sering berlaku, dan walaupun dianggap sebelumnya tidak dapat disembuhkan, tapi ia kini boleh dirawat dengan bantuan perkembangan kajian kanser mutakhir. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila bincangkan dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom biasa bagi mieloma berbilang adalah:
Oleh kerana mieloma berbilang memberi kesan pada sistem imun, ia boleh menyebabkan pelbagai simptom pada badan. Bagaimanapun, ada 4 simptom yang paling utama:
Rendah bilangan sel darah
Dalam keadaan mieloma berbilang, sel plasma dikeluarkan dengan terlalu pantas. Sel kanser ini boleh melebihi dari jumlah sel darah normal dalam sumsum tulang, membawa kepada kiraan bilangan sel darah yang rendah. Ini boleh mengakibatkan dua kesan: Kesan pertama adalah anemia –kekurangan sel darah merah. Anemia boleh menyebabkan pucat dan kepenatan. Kesan kedua adaah kekurangan platlet di dalam darah (thrombositopenia). Platlet bertindak sebagai ejen penyembuhan di dalam badan, menggalakkan penyembuhan dari apa-apa jenis kecederaan. Penurunan pada kadar platlet bermakna peningkatan kejadian pendarahan dan lebam. Kesan lain ialah leukopenia – kekurangan sel darah putih normal. Ini mengakibatkan badan anda terdedah kepada jangkitan.
Masalah tulang dan kalsium
Mieloma pelbagai juga mengganggu kitaran sel tulang. Sel mieloma boleh mencipta bahan yang mempercepat pelarutan sel tulang (osteoclasts) dan mengurangkan pembentukan sel tulang baru (osteoblasts). Ini akan melemahkan tulang dan menjadikan ia mudah patah. Tulang yang fraktur adalah masalah utama bagi mereka yang mengalami mieloma. Tanpa isyarat pembuatan tulang baru, kadar kalsium badan anda akan meningkat, berkemungkinan pada kadar yang ekstrem (hiperkalsemia).
Jangkitan
Peranan sel plasma di dalam badan ialah melawan jangkitan. Bagaimanapun, sel plasma kanser tidak dapat menjaga badan dari jangkitan. Ini memberi peluang pada jangkitan untuk menyelinap masuk ke seluruh badan.
Masalah buah pinggang
Antibodi yang disediakan oleh sel mieloma boleh membahayakan buah pinggang. Ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang ataupun lebih teruk lagi kerosakan buah pinggang.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
If you have any signs or symptoms listed above or have any questions, please consult with your doctor. Everyone’s body responds differently. It is always best to discuss with your doctor what suits your situation best.
Mieloma berbilang adalah satu daripada jenis kanser sel darah. Ia terjadi bila sel plasma di dalam sumsum menjadi barah dan membesar di luar kawalan. Pembesaran melampau mencipta tumor dalam sumsum tulang, dan mungkin mengganggu bahagian badan yang lain. Jika anda mendapati tumor tunggal, penyakit ini dinamakan plasmasitoma terpinggir (atau terasing). Jika anda mendapati lebih dari satu plasmasitoma keadaan ini dipanggil mieloma berbilang.
Saintis masih belum tahu secara tepat punca kebanyakan kes mieloma berbilang. Mereka mengesyaki bahawa perubahan DNA boleh membuat sel plasma menjadi barah.
Ada banyak faktor risiko bagi mieloma pelbagai, antaranya:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Mieloma berbilang biasanya ditentukan melalui rutin ujian darah. Sekiranya anda mengalaminya, protin darah menjadi tidak normal. Anda juga akan mendapati darah anda lebih likat. Pembentukan sel darah merah yang luarbiasa boleh meningkatkan kadar kelikatan darah anda.
Doktor akan melakukan semakan sejarah pesakit dan ujian fizikal, bagi mencari petanda dan simptom mieloma berbilang. Sekiranya disyaki mieloma berbilang, penyedutan sumsum tulang dan/atau biopsi mungkin diperlukan untuk menguji sel kanser. Ujian lain termasuklah blood monoclonal immunoglobulin dan ujian radiologi bagi menentukan tahap belur pada tulang.
Rawatan bagi mieloma berbilang bermula dengan ubatan bagi menyeimbangkan dan menyokong sistem imun. Setelah itu, kombinasi ubatan, ubatan kimoterapi, terapi radiasi, transplan sel tunjang, dan, bagi sesetengah pesakit, pembedahan akan dicadangkan bergantung kadar keterukan keadaan mereka.
Ada banyak ubatan digunakan bagi merawat mieloma berbilang. Ubatan di bawah biasanya diguna dengan kombinasi dexamethasone, kadang-kadang secara oral atau menerusi intravena, bergantung dengan status penyakit yang dialami individu pesakit:
Gaya hidup di bawah dan rawatan sampingan boleh membantu anda menghadapi mieloma berbilang:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Accessed August 12, 2016. Multiple Myeloma. http://www.medicinenet.com/multiple_myeloma/article.htm. Accessed July 21, 2016.
Multiple Myeloma. http://www.cancer.org/cancer/multiplemyeloma/detailedguide/multiple-myeloma-what-is-multiple-myeloma. Accessed July 21, 2016.
Multiple Myeloma. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/multiple-myeloma/basics/definition/con-20026607. Accessed July 21, 2016.
Multiple Myeloma. http://www.webmd.com/cancer/multiple-myeloma-symptoms-causes-treatment?page=1#1. Accessed July 21, 2016.
Learn the Basics About Multiple Myeloma. https://www.themmrf.org/multiple-myeloma/. Accessed July 21, 2016.
Versi Terbaru
27/11/2019
Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel