Setiap kali gejala ini berlaku, anda pasti akan menghadapi kesukaran untuk bernafas tetapi tidak tahu cara hilangkan hidung tersumbat.
Setiap kali gejala ini berlaku, anda pasti akan menghadapi kesukaran untuk bernafas tetapi tidak tahu cara hilangkan hidung tersumbat.

Gejala hidung tersumbat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuk bayi, kanak-kanak, orang dewasa serta warga emas dan ini amat menjengkelkan.
Mereka yang terkesan sudah pasti akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan terpaksa menyedut kembali hingus yang mengalir.
Adakah wujud sebarang cara atasi hidung tersumbat? Ada! Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila klik di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, hidung tersumbat ialah satu kondisi di mana tisu dan salur darah yang terdapat di dalam hidung membengkak akibat keradangan.
Akibatnya, lubang hidung anda akan terasa seperti disekat oleh sesuatu kesan daripada pembengkakan tersebut.
Pada kebiasaannya, hidung tersumbat mungkin disertai dengan penghasilan sejenis mukus atau hingus secara berlebihan, bergantung kepada tahap kondisi itu sendiri.
Gejala ini juga mungkin didalangi oleh pelbagai pencetus seperti:
Selain faktor risiko yang telah kami nyatakan di atas, banyak masalah kesihatan lain yang boleh menjadi salah satu punca hidung tersumbat.
Persoalannya, apakah yang boleh anda lakukan sebagai cara melegakan hidung tersumbat yang dipenuhi dengan hingus? Teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya!
Mungkin terdapat individu yang beranggapan bahawa cara menangani gejala hidung tersumbat adalah dengan menghembus hidung sekuat hati. Adakah cara ini berkesan?
Kononnya, ini bertujuan untuk mengeluarkan segala apa yang tersumbat di dalam hidung. Namun, ketahuilah bahawa cara hilangkan hidung tersumbat ini salah!
Menghembus hidung dengan terlalu kuat boleh menjejaskan pendengaran.
Oleh itu, anda juga boleh mencuba cara atasi hidung tersumbat seperti yang berikut.

Sekiranya masalah ini berlaku kepada individu yang masih kecil khususnya bayi dan kanak-kanak, pemberian ubat makan ialah sangat tidak digalakkan.
Oleh sebab itu, wujud beberapa kaedah alternatif yang boleh dicuba oleh ibu bapa seperti yang berikut:
Alat semburan hidung sesuai dan berkesan bagi mencegah simptom hidung tersumbat. Alat ini sesuai bagi kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke atas. Nasal spray bukan hanya boleh mencegah tetapi turut berkesan untuk melegakan gejala hidung tersumbat yang dialami oleh anak anda.
Pertama, anda boleh cuba menggunakan ubat titis hidung yang boleh dibeli di farmasi tanpa memerlukan sebarang preskripsi.
Selain itu, ibu bapa juga boleh cuba menggunakan alat penyedut untuk mengeluarkan hingus daripada lubang hidung si kecil anda.
Alat pelembap udara atau humidifier mampu menambahkan kelembapan udara dengan melepaskan wap sejuk ke dalam bilik si kecil untuk mengelakkan udara kering.

Bagi orang dewasa pula, cara hilangkan hidung tersumbat ialah lebih mudah kerana anda sudah boleh menguruskannya sendiri.
Dalam pada itu, anda juga boleh menggunakan cara hilangkan hidung tersumbat sama seperti yang dilakukan untuk merawat si kecil.
Anda juga mungkin mahu mencuba cara atasi hidung tersumbat yang lebih efektif termasuk:
Buat anda yang belum tahu, vapor rub ialah sejenis ubat sapu yang mengandungi menthol, eucalyptus dan beberapa bahan kimia yang tidak sesuai untuk si kecil.
Sapukan pada kawasan sekitar hidung atau dada untuk mengurangkan simptom hidung tersumbat yang sedang mengganggu anda.
Individu dewasa yang mengalami kondisi ini boleh mengambil ubat makan seperti antihistamina, berbeza daripada kanak-kanak.
Anda digalakkan untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan preskripsi sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
Ada yang mempercayai bahawa seks juga merupakan salah satu cara hilangkan hidung tersumbat disebabkan oleh kekurangan aliran darah ke hidung.
Kekurangan aliran darah ini dikatakan mampu melegakan gejala hidung tersumbat selain melancarkan kembali pernafasan.
Walau bagaimanapun, keberkesanan cara ini masih belum dapat dipastikan. Tiada sebarang bukti saintifik kukuh yang dapat menyokong kenyataan di atas.
Terdapat satu lagi cara efektif yang anda mungkin terlepas pandang. Cara tersebut ialah penggunaan alat semburan hidung (nasal spray).
Alat ini digunakan dengan cara menyembur ke dalam lubang hidung apabila anda mengalami masalah pernafasan seperti hidung tersumbat.
Terdapat alat semburan hidung yang dipercayai mampu mencairkan dan mengeluarkan hingus yang tersumbat sekali gus melegakan ketidakselesaan.
Ada alat semburan hidung dalam pasaran yang bebas daripada bahan aktif dan tidak mengandungi pengawet.
Individu yang masih tercari-cari cara hilangkan hidung tersumbat boleh mencuba alat ini. Pastikan alat tersebut terbukti berkesan dan selamat, tanpa sebarang kesan sampingan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
05/09/2022
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr Zai Muhammad
Diperbaharui oleh: zai.muhammad@hellodoktor.com