Bayi anda sedang membesar dengan baik dan kini sebesar saiz lobak putih (turnip), seberat kira-kira 150 gram dan kepanjangan daripada kepala ke kaki kira-kira 12cm

Kini, terdapat beberapa lemak terkumpul pada badan bayi anda. Lemak badan bayi anda akan terus berkembang dan menjadi dua pertiga daripada berat badan bayi sewaktu kelahiran. Lemak badan adalah penting untuk memanaskan bayi anda. Pada masa ini, jantung bayi anda telah berdegup lebih kerap, pada kira-kira 140-150 denyutan seminit. Ini adalah hampir dua kali lebih laju daripada degupan jantung anda! Ini bermakna bayi anda semakin kuat dan akan memerlukan banyak nutrien dan oksigen. Plasenta anda akan berkembang cepat untuk menyokong keperluan bayi anda.
Payudara anda terus berkembang dan boleh menyebabkan ketidakselesaan. Hormon anda akan menyebabkan lebih banyak aliran darah ke payudara sebagai persediaan untuk pengeluaran susu. Ini boleh menyebabkan vena lebih kelihatan. Saiz payudara anda juga semakin bertambah. Pastikan bra baru anda selesa untuk memberikan payudara anda sokongan yang sewajarnya.
Selera makan anda juga kian bertambah. Rasa loya anda juga mungkin telah hilang semasa trimester kedua ini. Bagus! Anda kini dapat menikmati makanan dan memberi nutrien penting kepada bayi anda. Jauhkan diri anda dari makanan yang tinggi kandungan gula dan tinggi lemak. Walaupun anda terliur dengannya, anda perlu kekal sihat dan memberikan bayi anda nutrien dan vitamin yang mencukupi untuk pembesaran. Ramai orang akan mengatakan bahawa anda “makan untuk dua orang’ tetapi jangan mengambil ini terlalu literal bagi mengelakkan pertambahan berat badan yang lebih cepat daripada yang sepatutnya. Rancang makanan anda dan pilih buah-buahan dan sayur-sayuran. Ingat bahawa anda hanya boleh menambah 300 kalori sehari.
Anda mungkin bimbang suhu badan anda meningkat atau berpeluh dengan lebih mudah. Ia bukanlah perkara yang perlu dirisaukan tetapi boleh menyebabkan anda tidak selesa. Cuba untuk sejukkan diri dengan memakai pakaian yang longgar, mandi mandian sejuk atau menggunakan kipas peribadi. Jumlah darah anda semakin meningkat dan mengalir dengan lebih cepat. Ini boleh menyebabkan kulit anda berasa merah dan panas. Penting untuk anda memastikan kulit anda sejuk dan kering. Apabila badan anda panas, bayi anda juga boleh berasa panas, yang membawa kepada kesan berbahaya. Berpeluh berlebihan juga boleh membawa kepada dehidrasi. Pastikan anda minum air dengan banyak.
Adakah anda berasa pening dan bimbang pada saat ini? Bertenang, ini bukanlah satu fenomena berbahaya. Ia adalah simptom yang agak biasa, dan hampir selalu berlaku sewaktu anda hamil. Apabila anda merasa pening, baring ke kiri dan angkat kaki ke atas setinggi mungkin; atau anda boleh duduk dan meletakkan kepala di antara kedua lututnya. Ambil nafas dalam-dalam dan longgarkan pakaian yang ketat. Sebaik sahaja anda berasa lebih baik, makan sedikit dan maklumkan doktor anda tentang rasa pening ini dalam lawatan seterusnya. Jatuh pengsan sebenarnya sangat jarang berlaku, tetapi jika anda pengsan, jangan ambil ringan, anda perlu menemui doktor dengan segera.
Jika anda belum pernah menemui doktor pada bulan ini, anda mungkin mahu menjadualkan lawatan pada minggu ini. Semasa temu janji, doktor mungkin melakukan ujian berikut:
Beritahu doktor mengenai sebarang simptom yang luar biasa atau mengganggu. Ia adalah idea yang baik untuk menyenaraikan senarai soalan sebelum anda berjumpa dengan doktor anda.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk menjadi sihat dan selamat:
X-ray
X-ray secara umumnya adalah selamat semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, tahap keselamatan bergantung kepada jenis X-ray yang perlu anda jalani dan jumlah pendedahan radiasi. Kebanyakan ujian X-ray terbukti tidak menyebabkan kemudaratan kepada janin anda. Tetapi, anda juga perlu tahu bahawa pendedahan radiasi terlalu banyak dan pendedahan radiasi berkadar tinggi akan meningkatkan risiko berbahaya kepada bayi anda. Kesan-kesan berbahaya termasuklah menjejaskan perkembangan mental, kecacatan kelahiran atau leukemia kanak-kanak.
Tiada senaman
Anda mungkin bimbang tidak bersenam dengan cukup. Senaman sentiasa disyorkan tetapi ada kalanya anda mungkin tidak dapat bersenam jika anda telah diarahkan doktor untuk berehat di atas katil. Doktor anda mengehadkan aktiviti fizikal untuk memastikan keselamatan anda dan bayi jika anda berisiko mengalami keguguran atau kelahiran pramatang, mempunyai serviks tidak kompeten, pendarahan atau titis darah, atau telah didiagnosis dengan plasenta previa atau pre-eklampsia. Bincanglah dengan doktor anda tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan.

Mari kita lihat perkembangan anda dan bayi anda pada minggu 18!
Hello Health Group tidak menawarkan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Poppy seed to pumpkin: How big is your baby? http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size . Accessed June 8, 2016.
Pregnancy calendar week 17. http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week17.html. Accessed June 8, 2016.
Your pregnancy: 17 weeks. http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-17-weeks_1107.bc. Accessed June 8, 2016.
17 weeks pregnant. http://www.whattoexpect.com/pregnancy/week-by-week/week-17.aspx. Accessed June 8, 2016.
Versi Terbaru
30/11/2021
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz