Kadar pertumbuhan dan perkembangan agak menurun sepanjang tahun bagi seorang kanak-kanak. Namun aspek pemakanan sihat untuk kanak-kanak masih perlu diutamakan.
Kadar pertumbuhan dan perkembangan agak menurun sepanjang tahun bagi seorang kanak-kanak. Namun aspek pemakanan sihat untuk kanak-kanak masih perlu diutamakan.

Pada fasa ini juga merupakan tempoh di mana anak mula berkeinginan untuk makan dan minum secara berdikari tanpa bantuan ibu dan ayah.
Di samping itu, anak yang berusia 12 hingga 24 bulan akan melalui masa peralihan, iaitu mereka belajar makan di meja makan serta menerima rasa dan tekstur makanan baharu.
Penyusuan susu badan mahupun susu formula sememangnya sangat baik untuk seorang bayi.
Namun seiring peningkatan usia, keperluan nutrisi pemakanan kanak-kanak akan mula diperolehi daripada pelbagai sumber makanan.
Berdepan situasi anak cerewet untuk makan atau kesukaran untuk mengajar mereka tabiat pemakanan yang sihat adalah perkara normal.
Bahkan, anda mungkin akan berasakan seakan berada di medan perang. Bersabarlah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Tabiat pemakanan yang sihat adalah penting, bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi semua peringkat usia.
Anak anda memerlukan nutrien yang betul untuk kekal sihat dan kuat. Ia juga membantu mereka untuk membesar dengan ceria.
Pemakanan sihat untuk kanak-kanak turut berperanan membentuk asas amalan pemakanan sihat dan pengetahuan aspek nutrisi yang akan diterapkan sepanjang hayat mereka.

Cara mudah untuk memastikan bahawa kanak-kanak mendapat nutrien yang mereka perlukan adalah dengan memilih makanan sihat dan berkhasiat setiap hari.
Sebaiknya pilih protein tanpa lemak dari sumber seperti ayam, kekacang, makanan laut dan bijirin. Untuk bijirin, pilihlah makanan bijirin penuh seperti roti, bijirin, dan pasta yang tinggi serat.
Sarankan anak untuk mengambil lebih banyak hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
Cari produk tenusu rendah lemak seperti susu, keju, dan yogurt untuk orang dewasa dan anak-anak dalam keluarga anda.
Tetapi ingat, bagi kanak-kanak kecil di bawah usia 2 tahun, berikan susu penuh krim.
Secara amnya, kebanyakan anak berusia 2 hingga 3 tahun memerlukan pengambilan kira-kira 1,000 hingga 1,400 kalori setiap hari.
Berikut cara mengagihkan kalori dalam rancangan pemakanan sihat untuk kanak-kanak:
Anak perlu mengambil kira-kira 85 hingga 142 gram bijirin setiap hari, yang terbaik adalah separuh daripadanya gandum penuh.
Sebagai contoh, 1 atau 2 keping roti ditambah 28 gram bijirin sarapan pagi bersama semangkuk nasi atau pasta.
1 hingga 1 ½ cawan sayuran mentah atau dimasak setiap hari.
Seperti individu dewasa, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sayuran termasuk sayuran berdaun hijau, berwarna oren atau merah, seperti brokoli dan ubi keledek.

1 hingga 1 ½ cawan buah segar, sejuk beku atau kering setiap hari.
Hadkan pengambilan jus buah 100% antara 118 hingga 177 ml setiap hari.
Tekankan pengambilan buah daripada jus.
Galakkan pemakanan sihat untuk kanak-kanak dengan memberikan mereka buah oren, tembikai dan strawberi.
2 hingga 2 ½ cawan setiap hari.
Susu penuh krim disyorkan untuk anak di bawah usia 2 tahun.
Manakala untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas, mereka mempunyai pilihan sama ada rendah lemak, tinggi kalsium seperti susu soya, yogurt atau keju.
Untuk tabiat pemakanan yang sihat, kanak-kanak perlu mengambil protein pada kadar 57 hingga 113 gram sehari.
Campurkan makanan protein dengan daging tanpa lemak, ayam, makanan laut, telur, produk soya dan kekacang.
Baca juga:
Pemakanan Seimbang Bantu Tingkat Kemahiran Membaca Kanak-kanak
Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam mengajar kepentingan pemakanan seimbang dan membantu anak membina tabiat pemakanan yang sihat dalam kehidupan.
Semakin banyak yang anak fahami tentang makanan, mereka akan menjadi lebih teruja dan bersemangat mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat.
Makanan yang berbeza memberikan nutrien berlainan, jadi pastikan anak mengambil pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
Nutrien adalah penting, tetapi saiz hidangan makanan juga turut memainkan peranan.
Separuh pinggan anak anda mestilah mengandungi buah serta sayuran.
Sebaiknya pengambilan makanan harian anak adalah berupa makanan segar berbanding makanan yang diproses.
Selain itu, cara penyediaan dan memasak makanan juga boleh mempengaruhi nilai pemakanan.
Sebagai contoh, cubalah untuk menyediakan hidangan dengan memanggang, mengukus atau membakar berbanding menggoreng atau merebus.
Pemakanan sihat untuk kanak-kanak juga merangkumi minuman yang diambil.
Sarankan anak untuk minum lebih banyak air atau susu rendah lemak dan elakkan minuman manis.
Sekiranya terdapat keraguan mengenai diet pemakanan harian anak, anda boleh mendapatkan rundingan pakar pediatrik
Berikut beberapa jenis makanan perlu dielakkan buat anak:
Anak-anak kecil tidak boleh makan banyak garam, ini kerana ia tidak baik untuk buah pinggang mereka.
Sebaiknya jangan tambahkan garam ke makanan anak dan jangan guna stok jenis kiub atau cecair kerana kandungan garamnya tinggi.
Elakkan makanan tinggi kandungan garam seperti:

Dengan mengelakkan makanan ringan dan minuman bergula, termasuk jus buah dan minuman buah-buahan lain, anda akan membantu mencegah kerosakan gigi anak.
Jangan berikan anak anda terlalu banyak makanan yang tinggi lemak tepu, seperti kerepek kentang, biskut dan kek.
Periksa label pemakanan dapat membantu anda memilih makanan yang rendah lemak tepu.
Elakkan daripada memberikan kekacang kepada anak di bawah usia 5 tahun. Ini kerana mereka berisiko untuk tersedak atau tercekik.
Sekiranya terdapat sejarah alahan makanan dalam keluarga anda, berbincanglah dengan doktor sebelum memperkenalkan makanan jenis kekacang pada anak.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
All been accessed on April 20, 2021 from
https://www.eatright.org/food/nutrition/dietary-guidelines-and-myplate/what-and-how-much-should-my-preschooler-be-eating
https://www.mana.md/the-importance-of-child-nutrition/
https://www.nhs.uk/conditions/baby/weaning-and-feeding/foods-to-avoid-giving-babies-and-young-children/
https://kidshealth.org/en/parents/toddler-food.html
https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=toddler-nutrition-90-P02291
https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/toddler/nutrition/Pages/default.aspx
https://www.cdc.gov/nutrition/infantandtoddlernutrition/index.html
https://raisingchildren.net.au/toddlers/nutrition-fitness
https://www.nutrition.org.uk/healthyliving/toddlers.html
Versi Terbaru
01/09/2021
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah