Rabun dekat ialah masalah penglihatan yang kerap berlaku di mana anda boleh melihat objek jauh lebih jelas daripada objek dekat. Kadar rabun dekat anda mempengaruhi kebolehan anda untuk fokus. Mereka yang mengalami rabun jauh yang teruk boleh melihat objek dengan jelas pada jarak yang sangat jauh, manakala mereka yang rabun jauh ringan boleh melihat objek dengan jelas pada jarak yang lebih dekat.
Rabun jauh kebiasaannya berlaku di waktu lahir dan cederung untuk berlaku di dalam keluarga. Ia boleh disertai dengan beberapa masalah seperti:
Keadaan ini adalah sangat kerap beralku dan melibatkan semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom yang kerap ialah:
Kanak-kanak mungkin tidak mempunyai simptom. Tetapi kanak-kanak dengan rabun yang teruk mungkin:
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Sila berjumpa doktor jika kualiti penglihatan anda mengganggu anda menikmati sebarang aktiviti. Doktor boleh menentukan kadar rabun dekat anda dan memberikan pilihan untuk membetulkan maslaah tersebut.
Jika anda tidak memakai cermin mata atau kanta sentuh, tidak mempunyai simptom mata bermasalah dan berisiko rendah mengalami penyakit mata, dapatkan pemeriksaan mata yang asas di umur 40 tahun. Kemudian, dapatan pemeriksaan pada jarak waktu berikut:
Jika anda berisiko kepada penyakit mata tertentu seperti glaukoma, kekerapan pemeriksaan perlu ditingkatkan kepada:
Kanak-kanak dan belia disyorkan untuk disaring sekitar setiap 2 tahun bagu mengesan masalah penglihatan.
Rabun dekat berlaku apa cahaya yang memasuki mata difokuskan di belakang retina, bukannya langsung di atasnya. Ini menyebabkan mata yang terlalu pendek, kornea tidak cukup lekuk atau kanta terletak lebih belakang dari kedudukan normal.
Rabun dekat kebiasaannya berlaku dalam kalangan keluarga. Dalam kes yang jarang, sesetengah penyakit seperti retinopati dan tumor mata boleh menyebabkannya.
Terdapat banyak faktor risikonya seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Ia didiagnosis melalui pemeriksaan mata asas. Pemeriksaan mata yang lengkap melibatkan rangkaian ujian. Doktor mata anda mungkin menggunakan alatan yang nampak pelik yang memfokuskan cahaya terang langsung ke mata anda dan meminta anda melihat melalui kanta yang berbeza. Setiap ujian membolehkan doktor memeriksa aspek yang berbeza pada mata anda termasuk penglihatan anda.
Kebanyakan rabun jauh tidak memerlukan rawatan. Mata anda kebiasaannya boleh melaraskan dirinya bagi menyelsaikan masalah tersebut. Tetapi apabila anda semakin berumur, mata anda semakin hilang kemampuannya dan anda berkemungkinan memerlukan cermin mata atau kanta sentuh.
Walaupun kebanyakan prosedur pembedahan refraktif digunakan untuk merawat rabun jauh, ia uga boleh digunakan untuk rabun dekat. Rawatan pembedahan ini membetulkan rabun dekat dengan membentuk semula lekuk kornea anda. Ia termasuk:
Antara komplikasi yang mungkin berlaku selepas pembedahan refraktif termasuk:
Bincang risiko dan manfaat prosedur ini dengan doktor mata anda.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi rabun dekat:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Farsightedness. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/farsightedness/basics/prevention/con-20027486. Accessed October 03, 2016.
Farsightedness (Hyperopia) – Topic Overview. http://www.webmd.com/eye-health/tc/farsightedness-hyperopia-topic-overview#2. Accessed October 03, 2016.
Versi Terbaru
27/11/2019
Ditulis oleh Firdaus Rahim
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel