Buta warna adalah keadaan biasa, yang merupakan kesukaran atau ketidakupayaan untuk membezakan warna. Orang yang buta warna tidak boleh membezakan antara warna merah dan hijau dalam hampir semua kes. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes yang kurang biasa orang yang buta warna tidak dapat membezakan antara warna kuning dan biru.
Buta warna bermula dari buta warna ringan sehingga buta warna yang teruk.
Terdapat dua jenis buta warna:
Buta warna adalah perkara biasa. Ia biasanya lebih banyak menjejaskan lelaki daripada wanita. Ia boleh menjejaskan pesakit tanpa mengira usia. Ianya boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom buta warna yang paling kerap adalah perubahan dalam penglihatan anda, sama ada ia menjadi lebih sukar untuk membezakan antara beberapa warna yang berbeza (contohnya, cahaya lalu lintas merah dan hijau) atau warna mungkin kelihatan kurang terang daripada sebelumnya.
Anda harus rujuk doktor sekiranya mengesyaki anda atau anak anda mempunyai buta warna. Doktor akan dapat mengesahkan diagnosis dan menyingkirkan isu kesihatan lain yang lebih serius.
Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang mana-mana gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda harus menghubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang soalan. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik untuk berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Buta warna boleh disebabkan oleh sebab-sebab yang berlainan di mana satu atau lebih dari kerucut ini di retina anda rosak atau tidak ada, seperti:
Terdapat banyak faktor risiko untuk buta warna, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Buta warna boleh didiagnosis melalui ujian “plat pseudo-isokromatik’. Jika anda buta warna anda mungkin tidak dapat melihat nombor tersebut atau mungkin melihat nombor yang berbeza.
Sekiranya buta warna disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan tertentu atau keadaan yang boleh dibantu dengan terapi lain, anda boleh berhenti menggunakan ubat-ubatan atau merawat keadaan tersebut untuk merawat buta warna.
Atas sebab-sebab lain, tiada rawatan bagi kebanyakan jenis masalah buta warna.
Bagaimanapun, memakai penapis berwarna di atas kaca mata atau kanta sentuh berwarna boleh meningkatkan pengamatan senjang (kontras) anda.
Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda menguruskan buta warna:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Color blindness. https://medlineplus.gov/colorblindness.html. Accessed October 6, 2016.
Color blindness. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/poor-color-vision/basics/definition/con-20022091. Accessed October 6, 2016.
Color blindness. http://www.healthline.com/symptom/color-blindness. Accessed October 6, 2016.
Versi Terbaru
19/05/2020
Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Ayu Idris
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel