Mulut Berbau Ketika Berpuasa? Ini Tip Atasinya.
Bau mulut mungkin merupakan salah satu masalah anda sewaktu berpuasa. Bau mulut yang kurang sedap boleh membuatkan anda tidak selesa dan menggangu aktiviti harian anda. Sebenarnya apa yang menyebabkan bau mulut dan bagaimana cara mengatasi bau mulut sewaktu berpuasa?

Penyebab bau mulut sewaktu berpuasa
Semasa berpuasa, badan anda menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama kerana simpanan glikogen di dalam hati dan otot yang kebiasaannya menjadi sumber tenaga sudah habis digunakan. Apabila lemak digunakan, tubuh akan menghasilkan sebatian yang dipanggil keton. Sebatian ini mempunyai bau khas yang dapat dihidu melalui nafas anda.
Selain itu, sewaktu berpuasa kita tidak dibenarkan minum air. Keadaan mulut yang kering juga boleh menyebabkan bau mulut kerana apabila mulut kering, kadar air liur di dalam mulut berkurang. Air liur berfungsi untuk meneutralkan asid yang dihasilkan daripada plak. Air liur juga berperanan untuk menghilangkan sel-sel mati yang terkumpul pada lidah, gusi, dan pipi. Jika sel-sel mati ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan mulut berbau.
Makanan dan minuman yang anda ambil sewaktu sahur dan berbuka juga boleh mempengaruhi bau mulut. Makanan yang sudah dicerna akan diedarkan ke seluruh tubuh melalui darah, termasuk ke paru-paru. Jika anda mengambil makanan atau minuman yang mempunyai aroma menyengat maka nafas anda mungkin berbau kurang enak.
Kurang memberus gigi juga boleh menjadi penyebab bau mulut ketika berpuasa. Untuk membersihkan mulut, memberus gigi sahaja ternyata tidak mencukupi. Anda juga harus menggunakan benang gigi, membersihkan bahagian gusi, hingga membersihkan lidah.
Tips mencegah bau mulut ketika puasa
- Bersihkan mulut secara menyeluruh:
