backup og meta

Takkan terlepas lagi vaksin si manja dengan Jadual Vaksin Bayi ini

hellodoktor logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan

Kategori Kesihatan

Ubat & Suplemen

Ubat & Suplemen

Rawatan Tradisional & Herba

Rawatan Tradisional & Herba

Kesihatan

Kesihatan

Kesihatan Kulit

Kesihatan Kulit

Pemakanan Sihat

Pemakanan Sihat

Kesihatan Mulut

Kesihatan Mulut

Lihat Semua Kategori

Semua Spotlight

Lihat Semua Spotlight
Berat Badan Ideal, Hidup Lebih Sihat

Berat Badan Ideal, Hidup Lebih Sihat

Apa Anda Perlu Tahu Untuk Mencegah Kanser Serviks

Apa Anda Perlu Tahu Untuk Mencegah Kanser Serviks

Menjaga Kebersihan Diri

Menjaga Kebersihan Diri

Hapuskan Covid-19!

Hapuskan Covid-19!

Alat Kesihatan

Alat Kesihatan

Graf Tumbesaran Bayi

Graf Tumbesaran Bayi

Ujian Kulit Sensitif

Ujian Kulit Sensitif

Ujian Risiko Kanser Hati

Ujian Risiko Kanser Hati

Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes

Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes

Ujian Risiko Kanser Kolorektal

Ujian Risiko Kanser Kolorektal

Ujian Risiko Kanser Paru-paru

Ujian Risiko Kanser Paru-paru

Lihat Semua Alat Kesihatan

Alat Kesihatan Kegemaran

Graf Tumbesaran Bayi

Graf Tumbesaran Bayi

Lihat Lebih Lagi
Graf Tumbesaran Bayi

Kalkulator Sasaran Degupan Jantung

Lihat Lebih Lagi
Kalkulator Sasaran Degupan Jantung

Kalkulator Kadar Metabolisme Asas (BMR)

Kira Kadar Metabolisme Asas (BMR) anda menggunakan alatan berikut!

Lihat Lebih Lagi
Kalkulator Kadar Metabolisme Asas (BMR)
Komuniti

Cari komuniti anda

Keibubapaan

Keibubapaan

Kehamilan

Kehamilan

Lihat semua komuniti

Posting Utama

Lihat Lagi
avatar
Nurul Halifah
Kehamilan
•
4 years
Trimester 3
avatar
Vicky Yong
Kehamilan
•
4 years
Tahu tak scan bayi yang mana lebih baik untuk ibu hamil? 
avatar
Degaaul Michael
Keibubapaan
•
4 years
WFH parents
A
Amira Zulaikha
Keibubapaan
•
4 years
Bekal Untuk Anak
Booking Doktor
Kesihatan Wanita
Menopaus

Ingin Faraj Yang Sihat Kena Pandai Pilih Seluar Dalam Wanita, Ada 5 Tip Perlu Ikut

Pernah tak terlintas di fikiran anda sama ada anda sudah melakukan perkara terbaik dalam penjagaan kesihatan faraj seperti pemakaian seluar dalam yang bersesuaian untuk alat kelamin anda?

Ingin Faraj Yang Sihat Kena Pandai Pilih Seluar Dalam Wanita, Ada 5 Tip Perlu Ikut

Ianya seperti, adakah anda tahu bahawa ada kain seluar dalam tertentu yang lebih baik untuk faraj anda atau tempoh waktu tertentu ia boleh digunakan?

Girls, pemilihan seluar dalam amatlah penting terutamanya bagi menjamin kesihatan wanita di samping berasa selesa dan yakin ketika memakainya.

Oleh itu, artikel ini akan membantu anda dalam mengupas dan mengenal pasti ciri-ciri seluar dalam wanita yang terbaik.

Ini sekali gus dapat membantu kelangsungan kesihatan faraj anda.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

Sekiranya anda mahukan faraj yang sihat, lakukan perkara-perkara ini:

1. Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada 100 peratus kapas putih sahaja

seluar dalam

Elakkan daripada memakai fabrik nilon, asetat, atau serat buatan lain jika anda mempunyai kulit yang halus atau kulit yang sensitif.

Anda mungkin pernah mendengarnya sebelum ini, tetapi walaupun ada banyak bentuk rekaan seluar dalam yang comel berlainan fabrik dijual di pasaran, tapi fabrik kapas adalah pilihan yang terbaik bagi vagina anda.

Dr. Alyse Kelly-Jones menjelaskan bahawa vulva adalah kawasan yang sangat sensitif dan halus, ia mirip dengan bibir di wajah anda.

Oleh itu, kawasan berkenaan haruslah dijaga dengan fabrik yang lembut.

Disebabkan itu, kain yang paling sesuai dan lembut untuk menyentuh kulit faraj anda adalah yang diperbuat daripada kapas.

Ia juga akan membuatkan kawasan alat kelamin anda dapat bernafas dan menyerap peluh, yang mana dapat membantu mencegah jangkitan yis.

2. Mengganti seluar dalam anda setiap tahun

Kedengaran agak tidak logik kerana pakaian dalam sering dicuci dalam rutin harian, kan?

Namun, tahukah anda bahawa bakteria boleh membiak walaupun pada pakaian dalam yang bersih?

Oleh itu, anda harus mula menggantikan seluar dalam anda sekali setahun agar risiko untuk dijangkiti serangan bakteria dapat dielakkan.

3. Waktu tidur adalah waktu rehat faraj anda

kesihatan faraj

Terdapat banyak perdebatan mengenai sama ada tidur tanpa pakaian dalam adalah lebih baik berbanding jika anda memakainya.

Bagi mereka yang mempunyai faraj yang sihat, tidur dalam kedua-dua keadaan tidak akan menjadi masalah.

Namun, bagi mereka yang menghadapi jangkitan yis, tidur tanpa seluar dalam boleh membantu melegakan masalah tersebut.

Ini kerana, membiarkan alat sulit anda bebas daripada sebarang kain membolehkan bahagian intim itu bernafas.

Ini sekali gus mengelakkan daripada terjadinya kelembapan yang mewujudkan persekitaran untuk pembiakan bakteria.

Sekiranya anda tidak menyukai perasaan ‘kosong’ di bawah, pakar mengesyorkan memakai baju tidur yang longgar.

Apa yang penting, tidak kisahlah sama ada anda lebih suka tidur dengan memakai pakaian dalam atau tidak, asalkan bahagian intim anda bersih dan dicuci dengan kerap.

4. Basuh seluar dalam anda dengan sabun hypoallergenic

Semua jenis pakaian dalam harus dikendalikan dengan cara yang bersesuaian dan lembut.

Ini kerana mereka adalah “pakaian istimewa” anda yang akan menentukan tahap kesihatan faraj.

Apatah lagi bagi golongan wanita yang mempunyai kulit yang lebih sensitif kerana ia akan memberikan kesan kepada kawasan faraj jika tidak dijaga baik dalam jangka masa panjang.

Pakar turut mengesyorkan untuk menggunakan sabun yang lembut dan hipoalergenik dalam mencucinya.

Hal ini kerana jika anda gunakan sabun yang mengandungi bahan kimia, dikhuatiri akan mengakibatkan vulva yang boleh membuatkan anda mengalami kerengsaan, gatal-gatal dan alergi.

Baca juga:

  • Susah Nak Cari Sabun Sesuai Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Perlu Tahu!
  • JANGAN Basuh Vagina Dengan Sabun, Ada Cara Yang Lagi Selamat Nak Bersihkan Miss V

5. Menukar seluar dalam anda setiap hari, lebih daripada sekali jika perlu!

seluar dalam

Anda mungkin sering melakukan tabiat ini iaitu memakai satu seluar dalam yang sama selama seharian sebelum mencucinya.

Perkara ini mungkin tidak berbahaya jika anda tidak memiliki kulit sensitif serta kurang berpeluh, namun jika anda mempunyai kondisi yang sebaliknya mungkin tabiat tersebut harus diubah.

Beberapa pakar mengatakan bahawa anda boleh memakai pakaian dalam yang sama selama dua hari berturut-turut jika tidak banyak mempunyai sebarang discharge atau peluh.

Tetapi jika anda mula berasa tidak selesa kerana keputihan, dinasihatkan agar anda menukarnya dengan lebih kerap; beberapa kali sehari.

Kesimpulannya, jika anda ingin menjaga bahagian intim anda, pilihlah seluar dalam yang terbaik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Feminine Hygiene Tips. https://www.healthywomen.org/content/article/feminine-hygiene-tips. Accessed on June 27, 2022.
  2. Vulvar Care. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/4976-vulvar-care. Accessed on June 27, 2022.
  3. Vulvar skin care guidelines. https://uihc.org/health-topics/vulvar-skin-care-guidelines. Accessed on June 27, 2022.
  4. The care and keeping of your vagina. https://www.ohsu.edu/womens-health/care-and-keeping-your-vagina. Accessed on June 27, 2022.
  5. 9 Tips To Keep Your Vagina and Vulva Healthy. https://health.clevelandclinic.org/how-to-keep-your-vagina-happy-healthy/.  Accessed on June 27, 2022.
  6. 18 important vaginal care tips: 3 experts share your need-to-knows about looking after your down there. Accessed on June 27, 2022. https://www.marieclaire.co.uk/life/health-fitness/vaginal-care-744224. Accessed on June 27, 2022.

Versi Terbaru

27/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

8 Fakta Mengenai Faraj Yang Ramai Wanita TIDAK SEDAR, Sampai Salah Penjagaan!

Ini 11 Punca Faraj Selalu Pedih, Ada Yang Disebabkan Jangkitan & Sakit Kelamin!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan
Logo

Hello Doktor mahu menjadi rakan kongsi anda yang paling dipercayai untuk membuat lebih banyak keputusan yang tepat bersama, dan hidup dengan lebih sihat lagi bahagia.

Ikut kami

Logo SocialLogo SocialLogo Social
Info KesihatanAlat Kesihatan

Informasi

Terma dan SyaratPolisi PrivasiPrivacy PolicyMalaysia Privacy AddendumPolisi EditorialPolisi PengiklananGaris Panduan KomunitiPolisi Pembatalan & Bayaran BalikDasar Pemenuhan, Preskripsi & Pendispensan Ubat-Ubatan

Hello Health

Tentang KamiBio EksklusifPengambilan PengiklananHubungi Kami

Lawati laman web Hello Health yang lain

Country FlagCountry FlagCountry FlagCountry FlagCountry FlagCountry FlagCountry FlagCountry Flag
DMCA Icon
HELLO HEALTH MALAYSIA SDN. BHD. | No. Pendaftaran Syarikat: 1268683-A
©2021 Hello Health Group Pte. Ltd. Hak Cipta Terpelihara. Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.