Perbuatan tidak mahu makan merupakan suatu perkara yang sangat biasa dalam kalangan kanak-kanak. Selain tidak mahu makan, memilih makanan juga merupakan perkara yang normal bagi mereka. Namun begitu, mungkin terdapat beberapa punca yang menyebabkan mereka berperangai sebegitu. Berikut merupakan antara punca-puncanya:

Sakit
Apabila anak anda sedang sakit, dia mungkin akan berasa sangat letih dan sekaligus hilang selera makan. Jika ini berlaku kepada anak anda, jagalah dia sehingga sembuh seperti sediakala. Selera makan akan datang kembali dengan sendirinya tanpa memerlukan sebarang rawatan.
Gangguan
Kanak-kanak selalu bersikap ingin tahu terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Ini menyebabkan perhatian mereka mudah terganggu hanya disebabkan oleh sesuatu yang menarik seperti televisyen atau permainan lalu menyebabkan mereka lupa untuk makan.
Alahan
Anak anda mungkin mengalami alahan yang spesifik terhadap suatu jenis makanan lantas menyebabkan dia sangat benci untuk makan. Apabila ini berlaku, anda perlu memastikan makanan yang disediakan tidak akan mendatangkan alahan kepadanya. Disebabkan kanak-kanak masih terlalu kecil untuk memahami alahan ini, anda sendiri perlu memerhatikan mereka dari segi pemakanan.
Pertumbuhan yang semakin perlahan
Sekitar umur 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan yang semakin perlahan. Hasilnya, keperluan tubuh badan mereka juga akan berubah lalu menyebabkan diet mereka yang lama tidak lagi sesuai.
Sediakan pelbagai jenis makanan dan biarkan anak anda sendiri memilih makanan yang mahu dimakan. Ini merupakan idea yang baik kerana ia dapat memberikan akses kepada kanak-kanak untuk menerokai makanan baru dengan sendiri. Harus diingatkan, anda tidak perlu memaksa anak anda untuk mencuba makanan yang baru.
Membiarkan anak anda makan makanan kegemarannya akan menaikkan selera makannya. Tetapi, anda perlu pastikan mereka mempunyai diet yang seimbang. Untuk itu, anda boleh membuat senarai makanan kegemaran anak anda dan minta khidmat nasihat daripada pakar nutrisi.
Menjadi contoh yang baik juga dapat membantu. Jika anak anda sering melihat anda makan pelbagai jenis makanan sihat, mereka juga akan berminat untuk mencubanya.
Anak anda seharusnya mengambil 3 sajian utama dan 2 kali snek sehari. Kanak-kanak kebiasaannya tidak makan banyak untuk memastikannya kenyang sehingga waktu makan yang seterusnya. Oleh itu, anda boleh berikan anak anda snek yang sihat di antara waktu makan. Contoh snek yang sihat termasuklah keju, yogurt, potongan buah epal dan strawberi, kepingan daging ayam atau roti disapu mentega kacang.
Jangan berikan anak anda snek hampir pada waktu makan. Waktu snek yang paling sesuai adalah ketika beberapa jam sebelum waktu makan tiba. Ini akan membuat anak anda berasa lapar ketika menghampiri meja makan ketika waktu makan tiba sekaligus menaikkan selera makan mereka.
Berikut merupakan cadangan langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi memudahkan anak anda untuk makan:
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
12 Reasons Your Child Won’t Eat http://jillcastle.com/childhood-nutrition/12-reasons-child-wont-eat/. Accessed August 25, 2016.
When Your Toddler Doesn’t Want to Eat http://familydoctor.org/familydoctor/en/kids/eating-nutrition/healthy-eating/when-your-toddler-doesnt-want-to-eat.htmll. Accessed August 25, 2016.
Versi Terbaru
13/05/2022
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Maria Stork