Kerosakan Kanal Atrioventrikular adalah gabungan masalah jantung yang mengakibatkan kecacatan di tengah-tengah jantung. Keadaan ini berlaku apabila terdapat lubang di antara ruang jantung dan masalah dengan injap yang mengatur aliran darah di dalam jantung.
Juga dipanggil Endocardial Cushion Defect atau Atrioventricular Aeptal Defect’, kecacatan Kanal Atrioventrikular wujud semasa kelahiran (kongenital). Keadaan ini sering dikaitkan dengan sindrom Down.
Kecacatan Kanal Atrioventrikular membolehkan darah tambahan mengalir ke paru-paru. Tekanan disebabkan darah tambahan memaksa jantung untuk kerja keras, menyebabkan otot jantung menjadi besar.
Kecacatan Kanal Atrioventrikular boleh menyebabkan kegagalan jantung dan tekanan darah tinggi di dalam paru-paru. Doktor biasanya mengesyorkan pembedahan pada tahun pertama kehidupan untuk menutup lubang di dalam jantung dan membina semula injap.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kecacatan Kanal Atrioventrikular mungkin melibatkan hanya dua ruang atas jantung (separa) atau empat ruang (lengkap). Dalam kedua-dua jenis, darah tambahan beredar di dalam paru-paru.
Kecacatan Kanal Atrioventrikular lengkap
Tanda-tanda dan gejala biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama kehidupan. Tanda-tanda dan gejala-gejala ini umumnya serupa dengan kegagalan jantung dan mungkin termasuk:
Kecacatan Kanal Atrioventrikular separa
Tanda dan gejala mungkin tidak muncul sehingga dewasa dan komplikasi yang berlaku mungkin akibat daripada kecacatan tersebut. Tanda-tanda dan gejala ini boleh termasuk:
Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, adalah yang terbaik untuk berbincang dengan doktor apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Kecacatan Kanal Atrioventrikular berlaku sebelum lahir apabila jantung bayi sedang berkembang. Sesetengah faktor, seperti sindrom Down, mungkin meningkatkan risiko kecacatan Kanal Atrioventrikular. Tetapi puncanya itu pada umumnya tidak diketahui.
Jantung yang berfungsi normal
Jantung dibahagikan kepada empat ruang, dua di sebelah kanan dan dua di sebelah kiri. Sisi kanan jantung anda membawa darah ke saluran paru-paru. Di sana, oksigen akan diserap ke dalam darah. Darah yang kaya oksigen mengalir kembali ke bahagian kiri jantung anda dan dipam ke dalam saluran besar (aorta) yang mengalirkan darah ke seluruh badan anda.
Injap jantung mengawal aliran darah masuk dan keluar dari ruangan jantung anda. Injap ini membuka untuk membolehkan darah bergerak ke ruang sebelah atau ke salah satu arteri, dan menutup untuk menyekat darah dari mengalir ke belakang.
Apa yang terjadi dalam kecacatan Kanal Atrioventrikular
Dalam kecacatan Kanal Atrioventrikular separa:
Terdapat lubang di dinding (septum) yang memisahkan ruang atas (atria) jantung.
Sering kali injap di antara ruang kiri atas dan bawah (injap mitral) juga mempunyai kecacatan yang menyebabkan ia bocor (mitral valve regurgitation).
Dalam kecacatan Kanal Atrioventrikular lengkap:
Terdapat lubang besar di tengah-tengah jantung di mana dinding antara atria dan ruang bawah (ventrikel) bertemu. Darah kaya dengan oksigen dan darah yang kurang oksigen akan bercampur melalui lubang itu.
Justeru, daripada injap berasingan di sebelah kanan dan kiri, ada satu injap besar di antara bilik atas dan bawah.
Injap yang tidak normal akan melepaskan darah ke dalam ventrikel.
Oleh itu, jantung dipaksa bekerja lebih keras dan ototnya akan membesar.
Terdapat banyak faktor risiko untuk penyakit kecacatan Kanal Atrioventrikular seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Apabila pakar pediatrik kanak-kanak mendengar murmur jantung semasa pemeriksaan fizikal, pakar pediatrik boleh merujuk kanak-kanak tersebut kepada ahli kardiologi kanak-kanak, yang pakar dalam diagnosis dan rawatan kecacatan jantung kongenital dan masalah jantung yang mungkin timbul pada zaman kanak-kanak. Untuk membuat diagnosis, ahli kardiologi melakukan pemeriksaan fizikal, mendengar kepada jantung dan paru-paru dan membuat pemerhatian lain. Murmur jantung dinilai berdasarkan pitch, kekuatan dan durasi, yang memberikan idea awal tentang masalah jantung apa yang mungkin ada pada anak tersebut. Ujian diagnostik untuk penyakit jantung kongenital berbeza mengikut umur kanak-kanak dan keadaan klinikalnya, antaranya termasuklah:
Seorang doktor menentukan rawatan terbaik untuk masalah ini berdasarkan:
Kanal AV dirawat dengan pembedahan pembaikan kecacatan. Sehingga pembedahan boleh dilakukan, keadaan ini boleh diuruskan oleh:
Kecacatan Kanal Atrioventrikular pada umumnya tidak boleh dicegah.
Faktor keturunan mungkin memainkan peranan dalam beberapa jenis kecacatan jantung. Jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan kecacatan jantung atau jika anda sudah mempunyai anak dengan kecacatan jantung kongenital, sila berbincang dengan kaunselor genetik dan ahli kardiologi sebelum anda hamil lagi.
Imunisasi dengan vaksin rubella telah menjadi salah satu strategi pencegahan yang paling berkesan terhadap kecacatan jantung kongenital.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
kecacatan Kanal Atrioventrikular. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/atrioventricular-canal-defect/symptoms-causes/syc-20361492. Accessed November 9, 2017.
kecacatan Kanal Atrioventrikular (AV Canal). http://heart.phoenixchildrens.org/heart-conditions/atrioventrikular-canal-defect-av-canal-children. Accessed November 9, 2017.
Versi Terbaru
27/11/2019
Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel