Pemakaian alat perancang keluarga IUD ataupun intrauterine device adalah salah satu cara yang amat berkesan dalam mencegah kehamilan.
Pemakaian alat perancang keluarga IUD ataupun intrauterine device adalah salah satu cara yang amat berkesan dalam mencegah kehamilan.

Antara kelebihan memakai IUD, anda tidak akan lagi mengalami momen ‘terlupa’ tatkala ingin bersetubuh, berbeza dengan pemakaian kondom ataupun pil perancang kehamilan.
Alat yang berbentuk ‘T’ ini juga mempunyai tahap keberkesanan sebanyak 99% efektif.
Namun, walaupun ia kedengaran memberangsangkan, masih terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum kalian memutuskan untuk memakai IUD, antaranya adalah risiko jangkitan.
Pakai IUD pun boleh dapat jangkitan? Ya, benar. Bagaimana? Jom baca artikel ini!
Ia adalah sebuah alat mencegah kehamilan yang dipasang di dalam rahim wanita. Ia berbentuk seakan huruf “T” dan diperbuat daripada plastik.
Tambah lagi, alat ini mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu selama 5 tahun.
Secara umumnya, terdapat 2 jenis IUCD iaitu:
Sebelum memutuskan untuk menggunakan jenis IUD, anda perlu tahu bahawa alat ini sangat berisiko tinggi kerana ia akan dipasang di dalam rahim anda.
Sebaiknya, anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang terbaik buat anda.

Alat perancang keluarga IUD mempunyai tali yang tergantung pada hujungnya, yang akan diletakkan di dalam rahim anda dengan bantuan doktor pakar.
Langkah-langkah berikut berlaku semasa kemasukan IUD:
Prosedurnya adalah cukup mudah dan hanya memakan masa beberapa minit.
Anda mungkin mengalami sedikit tompokan darah atau ketidakselesaan beberapa minggu selepas dimasukkan.
Ketika IUD mula dipasarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an, ramai pengguna mengalami kadar jangkitan pelvis dan perforasi yang tinggi.
Malah, terdapat kematian dilaporkan dan lebih daripada 200,000 tuntutan mahkamah difailkan!
Namun, hari ini IUD dianggap lebih selamat. Kesan sampingan mungkin termasuk tompokan darah antara haid atau kekejangan ringan dalam beberapa bulan pertama.
Di samping itu, IUD bukanlah boleh menjadi pilihan yang baik untuk semua orang. Anda mungkin tidak dapat menggunakannya jika anda:
Tambahan lagi, anda mungkin tidak boleh menggunakannya jika alah kepada tembaga.

IUD secara umumnya tidak menyebabkan jangkitan secara langsung.
Tetapi, jika anda mempunyai jangkitan yang sedia ada, pemakaian IUD akan menyebarkannya.
2 jenis penyakit kelamin (STD) yang biasa berlaku adalah klamidia dan gonorea, yang menjadi sebab mengapa sesetengah doktor melakukan ujian STD terlebih dahulu sebelum memasukkan IUD.
Faraj secara fitrahnya mengandungi beberapa bakteria, justeru sekiranya bakteria ditolak masuk ke organ pembiakan semasa pemakaian IUD, ia boleh mengakibatkan PID.
Apa itu PID? Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, anda boleh baca di sini.
Antara simptom jangkitan IUD mungkin merangkumi:
Jika anda alami simptom di atas, cepat-cepatlah rujuk ke klinik yang berhampiran ya!
PID yang tidak dirawat boleh merosakkan organ anda secara kekal!
Malah, jangkitan pelvis boleh menyebabkan kemandulan atau sakit yang kronik.
Maka, semakin cepat anda dapatkan rawatan adalah lebih baik dan rawatan biasanya melibatkan pengambilan antibiotik.
Rawatan lain pula bergantung pada jenis jangkitan yang anda alami.
Anda tidak semestinya harus mengeluarkan IUD. Namun, ini mungkin disarankan jika jangkitan tidak menunjukkan tanda-tanda penyembuhan dalam tempoh beberapa hari.
Kajian menunjukkan bahawa hasil rawatan pada wanita yang menyimpan IUD berbanding mereka yang menyingkirkannya hampir sama, menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC).
Oleh itu, langkah terbaik adalah untuk mengikuti cadangan doktor dan teruskan rawatan susulan anda.
IUD meningkatkan risiko jangkitan hanya selama beberapa minggu pertama.
Namun, ia juga tidak menawarkan perlindungan terhadap jangkitan seksual atau sebaliknya.
Salah satu cara untuk mengurangkan risiko anda mendapat STD adalah dengan menggunakan kondom.
Selain itu, anda boleh mencegah jangkitan dengan elakkan daripada meruang (douching).
Ini kerana faraj mempunyai bakteria secara semula jadi dan meruang hanya akan meningkatkan risiko penyebaran bakteria ke organ pembiakan kalian.
Pokoknya, segeralah temui doktor jika anda mengalami tanda-tanda jangkitan, lagipun mencegah itu lebih baik daripada merawat bukan?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
13/04/2021
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah