Keratosis pilaris merujuk kepada masalah kulit yang tidak berbahaya, disifatkan dengan tompok kering, kasar dan keras dan benjolan kecil dan keras, kebiasaannya ditemui pada lengan, peha, pipi atau punggung yang boleh membuatkan kulit anda berasa seperti kertas pasir. Benjolan ini kadangkala menyebabkan kegatalan, tetapi secara umumnya tidak menyebabkan rasa sakit atau bertambah buruk. Benjolan tersebut kebiasaannya berwarna cerah, kadangkala dengan kemerahan atau bengkak. Keadaan ini jarang sekali berlaku pada muka.
Keratosis pilaris berlaku kepada 50-80% remaja dan hampir 40% orang dewasa. Perempuan lebih cenderung mengalami keratosis pilaris. Ia boleh berlaku tanpa mengira usia tetapi lebih kerap berlaku pada usia muda. Keratosis pilaris boleh bertambah teruk semasa kehamilan dan selepas bersalin, atau semasa akil baligh. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tanda dan simptom utama keratosis pilaris ialah:
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Anda perlu menghubungi doktor anda jika terdapat beberapa perubahan ketara muncul pada kulit anda tanpa sebab yang diketahui. Diagnosis boleh dibuat dengan pemeriksaan kulit dan benjolan tersebut.
Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.
Pertambahan keratin, protein keras yang bertanggungjawab untuk melindungi kulit daripada bahan berbahaya dan jangkitan merupakan punca keratosis pilaris. Apabila pertambahan keratin berlaku pada kulit, pulpa akan terbentuk dan menghalang pembukaan folikel rambut seterusnya menyebabkan keratosis pilaris. Walau bagaimanapun, punca pertambahan keratin tersebut masih belum diketahui. Ia boleh berlaku bersama dengan penyakit genetik atau dengan keadaan kulit yang lain, seperti dermatitis atopik dan ekzema.
Terdapat banyak faktor risiko keratosis pilaris, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Keratosis pilaris bukan penyakit berbahaya yang memerlukan diagnosis doktor kerana ia tidak menyebabkan apa-apa kemudaratan. Tetapi jika anda membuat keputusan untuk bertemu doktor, diagnosis dapat dilakukan dengan hanya melihat kawasan kulit yang terjejas tanpa perlu melakukan sebarang ujian.
Keratosis pilaris merupakan keadaan yang boleh dikawal tetapi tidak boleh diubati. Tiada rawatan yang terbukti benar-benar berkesan untuk keratosis pilaris. Dalam beberapa kes, ia akan hilang dengan sendiri. Untuk mengawal keratosis pilaris, anda boleh mendapatkan produk yang membantu membaiki penampilan kulit yang terjejas. Krim berubat untuk keratosis pilaris juga boleh didapati tanpa preskripsi untuk melembapkan kulit anda. Namun, jika anda berhenti menggunakan krim tersebut, keadaan ini boleh kembali berulang dan mungkin berterusan selama bertahun-tahun.
Dua jenis krim yang sering digunakan adalah krim untuk membuang sel-sel kulit mati dan krim untuk mengelakkan folikel tersumbat.
Satu lagi rawatan pilaris keratosis ialah adalah rawatan laser. Tujuan rawatan ini adalah untuk merawat kemerahan teruk apabila krim dan losyen tidak dapat membantu.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani keratosis pilaris:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Keratosis pilaris. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/keratosis-pilaris/symptoms-causes/syc-20351149 Accessed April 3, 2018.
Keratosis Pilaris. http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/keratosis-pilaris. Accessed July 10, 2016.
Versi Terbaru
05/12/2019
Ditulis oleh Helma Hassan
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel