Kutu kepala adalah serangga kecil yang hidup di kulit kepala manusia dan menjadikan darah manusia sebagai makanan mereka. Pediculosis capitis adalah nama bagi keadaan jangkitan kutu di kepala. Ia boleh merebak secara langsung dari rambut seseorang kepada rambut orang yang lain.

Jangkitan kutu adalah sangat biasa. Ia biasanya melibatkan kanak-kanak. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom jangkitan kutu kepala adalah:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Kutu kepala sangat mudah menular. Anda boleh dijangkiti kutu kepala apabila serangga tersebut merangkak ke kepala anda. Kutu boleh dipindahkan antara satu sama lain dengan berus, sikat, klip rambut, cekak rambut, fon kepala, dan topi. Mereka juga boleh hidup buat seketika di atas perabot, katil, tuala, atau pakaian.
Terdapat banyak faktor risiko untuk jangkitan kutu kepala, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Anda atau penyedia penjagaan kesihatan anda boleh mendiagnosis kutu kepala dengan:
Kebanyakan rawatan perlu digunakan sebanyak dua kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Selepas seminggu hingga sembilan hari, rawatan kedua akan membunuh telur yang baru menetas. Di samping itu, jangan gunakan lebih daripada satu ubat atau guna ubat secara berlebihan.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi kutu kepala:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
aad.org/public/diseases/contagious-skin-diseases/head-lice
cdc.gov/parasites/lice/head/treatment.html
Meister L, et al. (2016). Head lice: Epidemiology, biology, diagnosis, and treatment. ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5165061/
Versi Terbaru
17/09/2020
Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor