Jangkitan buah pinggang, juga dikenali sebagai pielonefritis, adalah jangkitan tertentu pada saluran kencing. Jangkitan ini bermula pada saluran kencing di bahagian bawah (uretra atau pundi kencing) kemudian bergerak ke bahagian atas saluran kencing (buah pinggang dan ureter). Jangkitan buah pinggang berkemungkinan merebak ke saluran darah dan menyebabkan jangkitan yang membawa maut.
Data epidemiologi pielonefritis adalah terhad. Satu kajian berdasarkan populasi di Amerika Syarikat menganggarkan bahawa setiap tahun berlaku kira-kira 17 kes bagi setiap 10,000 wanita dan 4 kes bagi setiap 10,000 lelaki. Jangkitan buah pinggang menunjukkan perbezaan bermusim dan lebih kerap berlaku pada bulan Julai dan Ogos bagi wanita dan pada bulan Ogos dan September dalam kalangan lelaki. Ia boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jangkitan buah pinggang mungkin kelihatan seperti jangkitan biasa pada mulanya, tetapi ia kemudian berkembang dengan cepat dan lebih teruk apabila bakteria sampai ke bahagian atas saluran kencing. Tanda dan simptom utama jangkitan buah pinggang ialah:
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Anda perlu menghubungi doktor jika anda mempunyai simptom berikut:
Jangkitan buah pinggang biasanya disebabkan oleh bakteria yang memasuki saluran kencing melalui ureter (tiub yang berfungsi untuk membawa air kencing keluar daripada badan anda), kemudian membiak. Bakteria yang paling kerap ditemui menyebabkan pielonefritis ialah bakteria yang biasa ditemui dalam najis (E. coli atau Klebsiella), manakala bakteria kulit atau bakteria yang lain kurang berkemungkinan untuk menyebabkan pielonefritis.
Aliran darah ke buah pinggang juga boleh menyumbang kepada penyakit ini dengan membawa bakteria daripada jangkitan di tempat lain dalam badan anda dan kemudian merebak ke buah pinggang anda. Jangkitan buah pinggang boleh berlaku melalui cara ini walaupun jarang terjadi.
Terdapat banyak faktor risiko untuk jangkitan buah pinggang, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Berdasarkan keadaan anda, tanda vital dan simptom, seperti demam dan sakit belakang, doktor boleh memberikan diagnosis awal. Anda mungkin perlu menjawab beberapa soalan, memberikan sampel air kencing untuk mengesan bakteria, darah atau nanah dalam air kencing anda. Ujian makmal yang mengesan bakteria atau organisma lain dalam darah juga mungkin diperlukan dalam beberapa kes.
Ujian pengimejan yang mugkin diperlukan termasuklah ultrabunyi, imbasan tomografi berkomputer atau sejenis X-ray yang memberikan imej terperinci buah pinggang dan organ-organ yang berkaitan.
Rawatan pertama jangkitan buah pinggang ialah pengambilan antibiotik. Ubat yang perlu anda ambil dan tempoh masanya bergantung kepada keadaan kesihatan anda, simptom dan bakteria yang dijumpai dalam air kencing. Tanda dan simptom jangkitan buah pinggang akan beransur-ansur hilang dalam masa beberapa hari rawatan. Tetapi anda mungkin perlu meneruskan pengambilan antibiotik selama seminggu atau lebih. Pastikan anda mengahabiskan keseluruhan antibiotik yang ditetapkan oleh doktor anda.
Jika anda mempunyai jangkitan buah pinggang yang teruk, anda mungkin akan dimasukkan ke hospital dan diberikan antibiotik melalui vena pada lengan.
Jika jangkitan buah pinggang berulang, anda mungkin perlu menemui pakar buah pinggang untuk mengenal pasti masalah.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani jangkitan buah pinggang:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Kidney infection. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-infection/basics/lifestyle-home-remedies/con-20032448. Accessed July 10, 2016.
Kidney Infections: Symptoms and Treatments. http://www.webmd.com/a-to-z-guides/kidney-infections-symptoms-and-treatments?page=3. Accessed July 10, 2016.
Versi Terbaru
05/12/2019
Ditulis oleh Helma Hassan
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel