avatar

Mulakan perbincangan

Tanya doktor secara percuma

Icon heart

Pos berkongsi

Tahniah Pemenang TudungPeople Raya Giveaway!

Tahniah para pemenang, anda memenangi hadiah menarik sempena Hari Raya! 👏🎉


Pihak kami akan hubungi anda dalam masa terdekat, atau anda boleh saja terus PM di FB/IG kami berserta butiran lengkap 😊


Buat anda yang terlepas peluang, teruskan follow FB, Instagram dan Koumiti Hello Doktor untuk menyertai aktiviti menarik disamping merebut lebih banyak hadiah dari kami 🎁

Tahniah Pemenang TudungPeople Raya Giveaway!Tahniah Pemenang TudungPeople Raya Giveaway!
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
1
Para Ibu Hamil, Suara Anda Penting Untuk Kami!

Kami di Hello Health sentiasa mahu lakukan yang terbaik untuk anda yang sedang hamil dan memastikan perjalanan kehamilan yang lancar buat anda.


Bantu kami dengan menjawab soal selidik ini agar kami dapat lebih memahami anda.


Pautan Soal Jawab:https://hellohealth.questionpro.com/formulamilk-my

Para Ibu Hamil, Suara Anda Penting Untuk Kami! Para Ibu Hamil, Suara Anda Penting Untuk Kami! 
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
Pengalaman Ramadan Terindah tahun ni..

Alhamdullilah dipanjatkan syukur kerana Allah temukan kami dgn Ramadan sekali lagi tahun ni.


Pengalaman Ramadan tahun ini amat bermakna buat saya dan anak apabila suami kembali sihat dan mampu menjalankan ibadah puasa seperti 3 tahun yg lalu.


Mungkin aktiviti ini sgt biasa dan lazim buat semua orang tetapi buat keluarga kami yg baru mengatasi pelbagai musibah sejak akhir2 termasuklah kehilangan ayahanda tercinta Febuari lalu membuatkan saya bersyukur dan menghargai momen2 indahnya berbuka dirumah, pergi ke bazar Ramadan yg berdekatan, bersahur bersama dan solat bersama.


Apatah lagi tahun ini encik hubby turut mengambil bahagian dalam penyediaan berbuka seperti menyediakan minuman berbuka setiap hari dan melayan anak tunggal kami yg berumur 7 tahun bermain bunga api.


Ramadan tahun ini banyak membuat saya berfikir, muhasabah diri, tentang kekuasaan Allah serta bersyukur dan menghargai momen bersama keluarga kecil kami

... Lihat Lebih Lagi
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
8
Indahnya Ramadan 🌛

Assalamualaikum semua..


Bulan Ramadan kali ini sangat bermakna buat saya dan keluarga. Dari mulanya hari pertama berpuasa hingga ke hari 22 Ramadan ini semuanya dalam keadaan yang bersederhana..


Apa yang mencuit dan membuat hati saya gembira apabila melihat anak saya sudah pandai duduk sendiri di meja makan dan mengikut kami membaca doa berbuka puasa.. Alhamdulillah, usianya akan menganjak 2 tahun pada bulan Julai nanti. Masyallah.. masa sangat pantas berlalu..


Momen yang saya suka melihatnya, apabila suami saya hendak pergi ke bazar atau ke rumah mertua saya, anak saya pasti akan ikut dan sangat gembira sebab dapat naik motor jalan-jalan pusing kampung..


Saya juga tak terlepas untuk ikut bersama. Kadang kala, di hujung minggu saya akan berjumpa dan berbuka bersama-sama mak saya, adik beradik saya dan keluarga mertua saya. Alhamdulillah.. keluarga saya dan mertua saya tinggal di dalam kampung yang sama. Jadi tidak

... Lihat Lebih Lagi
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
130
5
1
PENGALAMAN PUASA TERINDAH

Indahnya puasa kalini, dapat berbuka diluar bersama keluarga kecil kami ni. Suasana

berbuka diluar jauh lebih meriah berbanding di rumah. Anak pon gembira dapat

makan diluar.


Lepas balik berbuka, tibalah saat yang ditunggu2 untuk bermain bunga api. Pertama

kali anak bermain bunga api, tergambar kegembiraan anak walaupon dia baru

berusia 2 tahun.Apalah yg diinginkan ibu bapa melainkan dapat melihat anak

gembira.


Ramadan kami berdua sebagai suami isteri,jauh lebih meriah dengan kehadiran anak. Kegembiraan berbuka diluar dan bermain bunga api dimalam hari tak dapat dibeli

dimana2.


Sekian, sedikit coretan si ibu ini. Terima kasih kerana membaca.


#HDrayagiveaway

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
60
5
3
View more comments
Anak Jatuh

Salam helo doktor.. sy nak tanye.. ank sy terjatuh dlm bilik air..kepala belakangnya tekene pada mangkuk tandas 😔. Tapi sy pun xpasti tahap kuat mane die terhantuk.. apa perlu saya buat? Saya risau..

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
228
4
View more comments
9 Jenama Pampers Terbaik Buat Si Manja!

Terlalu banyak sangat, nak pilih pampers terbaik pun agak mencabar juga kan~ Mari kami tolong shortlist 😉


https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/jenama-pampers-terbaik/

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
5
1
Gusi berdarah? Mungkin anak anda kekurangan vitamin ini.

Para ibu bapa adakah anda tertanya-tanya mengapakah gusi anak anda berdarah? Walaupun anak anda mungkin mengamalkan amalan pergigian yang baik dan jarang makan gula, namun terdapat juga peluang anak anda mengalami gusi berdarah jika mereka kekurangan nutrien ini. Teruskan membaca artikel untuk mengetahui lebih lanjut apa nutrien yang boleh menyebabkan gusi yang berdarah.


Tahukah anda? Gusi berdarah di kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk dari segi pemakanan yang kurang baik. Khususnya, kekurangan nutrien tertentu boleh menyebabkan masalah gusi.


Salah satu nutrien yang paling penting untuk kesihatan gusi ialah vitamin C. Vitamin C boleh diperolehi melalui buah-buahan dan sayur-sayuran seperti oren, strawberi, kiwi, dan brokoli. Kekurangan vitamin C boleh melemahkan saluran darah dalam gusi dan menyebabkannya berdarah.


Satu lagi nutrien penting untuk kesihatan gusi ialah vitamin K, yang terdapat dalam s

... Lihat Lebih Lagi
Gusi berdarah? Mungkin anak anda kekurangan vitamin ini.Gusi berdarah? Mungkin anak anda kekurangan vitamin ini.
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
734
Masalah sembelit? Si kecil anda mungkin kekurangan serat

Sembelit adalah isu biasa di kalangan kanak-kanak, dan ia boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan, dan juga menjejaskan kesihatan keseluruhan mereka. Beberapa faktor boleh meningkatkan risiko masalah sembelit di kalangan kanak-kanak; di antaranya, pengambilan serat yang rendah telah lama dianggap sebagai salah satu faktor risiko utama. Salah satu cara terbaik untuk mencegah dan merawat sembelit pada kanak-kanak adalah melalui peningkatan serat makanan dalam diet seharian.



Dalam artikel ini, kita akan membincangkan bagaimana serat pemakanan memainkan peranan penting dalam mencegah sembelit di kalangan kanak-kanak.



Apakah serat pemakanan?


Serat pemakanan juga dikenali sebagai penyederhana penting penghadaman dalam usus kecil dan pengambilan yang tidak mencukupi daripada diet boleh mengakibatkan pukal najis yang tidak mencukupi dan boleh menjejaskan keseluruhan kesi

... Lihat Lebih Lagi
Masalah sembelit? Si kecil anda mungkin kekurangan seratMasalah sembelit? Si kecil anda mungkin kekurangan serat
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
43
Adakah semua lemak tidak baik untuk anak anda?

Apabila kita sebut tentang lemak, pasti ibu bapa akan mengaitkannya dengan makanan segera dan makanan bergoreng yang berminyak. Namun, adakah lemak begitu teruk? Sebenarnya bukan semua lemak itu tidak baik untuk kesihatan kita, ada juga lemak baik yang membantu dalam perkembangan otak.


Lemak yang sihat adalah bahagian penting dalam diet berkhasiat untuk kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa. Mendapatkan lemak sihat yang mencukupi adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan. Lemak memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan optimum untuk otak dan mencapai hasil kognitif yang positif terutamanya bagi bayi dan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun Lemak 'sihat' memainkan peranan penting dalam hal ini kerana ia bukan sahaja padat dalam tenaga ia juga mempunyai kalori yang lebih tinggi berbanding dengan karbohidrat, jadi ia sangat sesuai bagi penumbesaran kanak-kanak bagi mencapai pengambilan kalori mereka terutamanya bagi kanak-kanak yang kurang berat bad

... Lihat Lebih Lagi
Adakah semua lemak tidak baik untuk anak anda?Adakah semua lemak tidak baik untuk anak anda?
Adakah semua lemak tidak baik untuk anak anda?Adakah semua lemak tidak baik untuk anak anda?
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
57
TENTANG FORUM INI
Keibubapaan adalah mengenai membesarkan anak-anak dalam persekitaran yang menyokong perkembangan fizikal, mental, sosial... Lihat Lebih Lanjut
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa