Scoliosis
Hello doctor saya mempunyai masalah tulang scoliosis sejak saya kecil. Sewaktu saya berumur 5 tahun saya salah bantal dan bahagian leher saya semakin sakit. Disebabkan terlalu sakit mak cik saya tolong urutkan bahagian leher tersebut dan menyebabkan leher saya senget di sebelah kiri dan saya telah menghidap leher senget sehingga saya berumur 21 tahun. Sewaktu saya berumur 21 tahun saya pergi ke pakar physiotherapy swasta dan doktor mengatakan saya punya tulang belakang berbentuk s ataupun namanya saintifiknya scoliosis. Semenjak itu setiap bulan saya membuat rawatan physiotherapy. Tetapi selepas banyak kali membuat rawatan dia tidak sembuh atau tidak mempunyai perubahan langsung. Hal ini kerana saya bekerja di kedai kasut yang memerlukan saya mengangkat berat stok kasut. Saya ingin pergi di hospital kerajaan tetapi saya memerlukan bukti pengesahan tentang penyakit saya. Saya terfikir ingin membuat xray tetapi macam mana saya ingin buat di hospital kerajaan?



















